Wednesday, October 29, 2014

Banjir Kilat di Jalan Mawar

Seri Kembangan - Beberapa laluan disekitar  Jalan Mawar ditenggelami air berikutan banjir kilat akibat hujan lebat yang turun sejak jam 5 petang tadi.

Beberapa kenderaan penduduk yang kebanyakannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dikawasan berkenaan turut ditenggelami air banjir akibat limpahan air dari longkang berhampiran.

Penduduk, Ainul Insyirah Ahmad, 28, yang ditemui ketika sedang membersihkan kenderaan miliknya berkata, air mula melimpah dari longkang berhampiran kira-kira jam 7 petang telah menyebabkan beberapa laluan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.



“Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan kawasan ini dilanda banjir kilat dan beberapa kereta tersekat akibat limpahan air dari longkang berhampiran.


“Bagaimanapun, paras air kembali surut apabila hujan mula berhenti kira-kira jam 9 malam dan laluan yang ditenggelami air sudah boleh dilalui,” katanya.



“Sekiranya hujan tidak henti-henti selama dua jam, banjir kilat akan berlaku dan ini adalah disebabkan sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik,” katanya lagi.


Penolong Pengarah Bomba Seri Kembangan, Mustafa Ali ketika ditemui, berkata setakat jam 10 malam semalam, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari orang ramai berhubung kejadian banjir di kawasan ini.


“Pihak kami sudah bersedia berdepan dengan banjir sekiranya perkara seperti ini berulang.  Orang ramai diminta untuk menghubungi bomba sekiranya mereka mempunyai maklumat berkenaan banjir dan pihak kami akan membuat tindakan selanjutnya,”katanya.







Second Blog

Assalammualaikum and annyeonghaseyo!

Halooo Halooo! Its me Hana! I'm backkkk!!Again... dalam dunia blogging setelah lama menyepikan diri. Bukan sebab merajuk ke apa. Tapi sebab busy and idea untuk mengupdate blog tak kunjung tiba. *sobs sobs*

This is my second blog. Jangan risau. Blog yang lagi satu tu masih lagi ada dan tidak akan pernah di DELETE selama lama lama nya. *sayang kot nak delete*

Tujuan blog ini didirikan *eceh ceh* adalah untuk assignment sebenarnya. Hahaha. Okay. Stop bebel.

Kudos pada yang sanggup baca entry first yang merepek ni. Tata, jumpa dalam entry lain okay!