Wednesday, December 17, 2014

Pembuli Tempat Letak Kereta Dijatuhi Hukuman

Berita ini hanyalah simulasi bagi assignment jurusan Kewartawanan atas talian.  Segala gambar, cerita dan video didalam berita ini adalah lakonan semata-mata.




SHAH ALAM- Mazidah Abidin, 23, yang juga dikenali sebagai Jiji dijatuhkan hukuman denda RM3500 dan melakukan kerja komuniti selama 300 jam di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Datuk Zainal Abidin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita terbabit mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana bertindak mengancam dan cuba menakutkan pemilik kenderaan Amalina Zainol,21, di kawasan parkir kereta Kompleks PKNS di sini pada 15 Disember lalu.

Jiji ditahan pada jam 3 petang Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan kemudian dibebaskan dengan jaminan malam hari yang sama.

Jiji pada minggu lalu dilihat membuli seorang pelajar IPT selepas pelajar terbabit dikatakan mencalarkan pintu kereta bahagian pemandu miliknya.

Video Jiji yang memarahi pelajar berkenaan dengan kata-kata kesat dan kasar telah dirakam oleh seorang pelajar yang kebetulan berada ditempat kejadian dan videonya dimuat naik ke laman sosial Keek.  Video tersebut kemudiannya menjadi viral dilaman sosial Facebook, Twitter dan juga Youtube.

No comments:

Post a Comment